Saturday 29 August 2015

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam pengenalan.
Dengan izin Allah,kelapangan rezeki dalam bentuk masa dapat saya melapangkan waktu saya dalam sehari untuk update blog ini.Syukur dan segala puji baginya.Saya niatkan juga entry-entry saya ini sebagai perkongsian saya dan dipanjangkan sekiranya ia bermanafaat untuk anda.Tak lupa juga ruangan produk jualan,harap ianya produk yang memberi manafaat dan menyelesaikan masalah anda.
Saya suka nak memperkenalkan diri saya.Nama saya Roslina Sobri.Saya berasal dari Pulau Pinang.Saya membesar di Penang sehingga tingkatan 3,kemudian mula ke luar dari Penang untuk belajar dan belajar.Saya mendapat pendidikan dalam bidang proffesional sebagai jurutera penyelenggaraan kapal terbang.Waktu tu memang tak ramai perempuan yang memiliki lesen jurutera penyelenggaraan kapal terbang yang dikeluarkan oleh DCA.Pernah bekerja sebagai jurutera penyelenggaraan di Firefly.
Saya memulakan bisnes online secara sambilan bermula akhir 2012.Kerana sangat berminat dengan educational toys,saya selalu belikan untuk anak.Jadi memang bakat keusahawanan ada dalam diri,saya cuba pula berniaga secara sambilan.Ketika berniaga sambilan target saya adalah buat sales sehingga sama dengan gaji saya sebagai engineer.Cita-cita saya pula ketika bekerja adalah berhenti kerja.Pelik kan?
Apabila sales melebihi 5 angka.Dua kali ganda dari gaji saya sedia ada.Anak saya yang kedua lahir dan saya nekad berhenti kerja.Saya sudah niatkan dalam hati,sebab saya berhenti adalah untuk mendidik anak-anak.Bisnes adalah nombor 2.Saya tetapkan niat supaya setiap kali saya membuat keputusan dalam bisnes,anak saya masih terdidik.Dengan niat,saya ada landasan dalam menjalani kehidupan setiap hari.
Saya sangat minat menulis.Jadi medium menulis adalah blog-pada zaman ini.Blog pertama saya adalah http://littlemunas.blogspot.com/ .Pada 2015 saya beli domain dan hosting dan berblog di platform ini; http://littlemunas.com/blog .Di blog terdahulu dan sambungan di sini saya sangat suka kongsi aktiviti-aktiviti kreatif saya bersama anak.
Anda juga boleh like facebook page saya yang berasaskan minat saya di : Aktiviti Kreatif dan Seronok Bersama Anak .Selain dari itu saya sangat suka dan mahir sebagai event organizer kelas-kelas keibubapaan dan kelas bisnes di Butik About Umi&Baby .Di butik inilah,kami menjemput speaker,penulis buku,guru-guru bisnes untuk membuat bengkel,kelas atau sharing.Insyallah dalam masa terdekat saya juga membuat servis membuat minisite.
Wassalam.
Roslina Sobri

No comments:

Post a Comment