Wednesday 16 September 2015

Jadual Waktu Seorang WAHM

Entri 7
Teks : Roslina Sobri

Kerap saya ditanya soalan-soalan di bawah ini.Dan kerap juga saya bertanya rakan-rakan WAHM yang hebat bisnesnya mengenai persoalan di bawah?

"Bila awak buat kerja?"
"Macamana nak buat kerja dengan anak-anak,nanti mereka ganggu.."
"Pukul berapa bangun tidur?"
"Awak tidur pukul berapa?"

Rata-rata semua ingin tahu jadual waktu seorang WAHM lain.Mungkin untuk mencari idea,mencuba berdisiplin dan mahu berubah.Begitu juga saya,sibuk cungkil rahsia WAHM yang hebat-hebat.

Sesungguhnya jadual waktu seorang WAHM tiada yang 'fix'.Bergantung kepada umur dan keperluan urus anak,jadual kita berubah dari masa ke semasa.Saya mahu kongsikan bersama kawan-kawan jadual waktu saya yang saya rasa amat sesuai dengan saya pada waktu ini.

Untuk mengikuti jadual waktu yang saya sendiri tetapkan,saya mesti suka apa yang saya buat.Dan saya memilih untuk tidak memberi alasan.Visi saya; hendak 1000 dalih,tak nak buat berilah 1000 alasan.Ya alasan ya.Sebab WAHM semua ada potensi tersendiri.

Saya tidur seawal jam 11malam.Buatlah teknik macamana pun asalkan bila malam anda dan anak-anak berupaya masuk tidur sebelum jam 11malam.Tidur dan niatkan untuk diri sendiri nak bangun pukul 4 pagi.Kunci jam anda.

Seawal 4 pagi mulakan dengan wudhu,solat dan doa.Diikuti masuk bekerja di alam maya sekitar 4.15-4.30 pagi.Waktu ini daya fokus terhadap apa saja bekerja 3-4kali ganda dari waktu biasa.Anda boleh bekerja dengan sangat efisien waktu ini.

Gunakan sebaiknya untuk kerja-kerja bersifat strategist,memerlukan pemikiran dan pencarian idea.Contohnya copywriting,strategi marketing atau berblog.Berhenti untuk solat subuh dan membaca alquran.Saya sambung semula sehingga anak bangun.Sempat saya sediakan bekal suami sekitar jam 7.

Anak bongsu akan bangun sekitar jam 8pagi.Bila anak saya bangun,maka saya tutup laptop.Maka setakat itulah kerja-kerja saya secara online depan laptop.Kerja sebagai ibu dan isteri berjalan selepas itu.Sambil menguruskan pertanyaan dari telefon.

Packing dan pos?Saya menyerahkan tugas ini kepada pekerja sambilan.Untuk uruskan packing dan pos.Korbankan wang untuk menjana wang lebih banyak.Anda mesti membuat kerja-kerja yang bersifat strategik membawa wang masuk.Kerja-kerja bersifat rutin harus anda berikan kepada orang lain.

Waktu siang sehingga anak tidur saya cuma ambil order masuk dan jawab pertanyaan jika ada.Dan saya ulang semula jadual kerja tadi keseokan paginya.Log in at 4 and finish at 9am.Ulang lagi dan teruskan buat setiap hari.Saya tidak cuti.Walau di kampung,hari cuti am atau bercuti dalam Malaysia.Sebab saya suka dan saya buat 1000 daya.

No comments:

Post a Comment