Sunday 25 October 2015

Penangan Buka Booth di Mom&Baby Expo

Entri 18
Teks :Roslina Sobri
Gambar : Puan Shahirah Abdullah (Akademi SOHO mama), http://mbkidz.com dan About Umi&Baby Boutique




Assalamualaikum.Rasa letih menyertai expo dan makin berkurang.Tengok gambar di atas.3 hari saya berkampung di Plaza Masalam,10pagi-10malam.Kak rasa macam tak jejak tanah dek kerana lenguh berdiri dan melayan pelanggan.Suara nak panggil anak pun sudah tak keluar.

Booth kali ni amat berbeza,dibawah satu bumbung pemilik-pemilik Muslim kedai barangan bayi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bergabung.Memang hebat,memang meriah dan berbaloi.


Pandangan atas tapak ekspo kami.Bertempat di ruang legar,Plaza Masalam.Booth kami yang ada belon-belon tu.Sebelah kiri gambar.Di bawah About Umi&Baby, 4 kedai bergabung iaitu kedai saya :http://littlemunas.com/ , http://mbkidz.com dan Aidil Islamic Products . Sangat meriah.

Saya nak kogsikan pengalaman buka booth dalam entri-entri akan datang.Tapi kali ni saya dah buntu.Saya kongsi gambar-gambar je lah ye.

Meriah.Masa pelanggan belum sampai kita bergambar dulu

Buku kanak-kanak dan parenting

Pandangan hadapan booth


Tuesday 13 October 2015

Follow Up Marketing

Entri 17
Teks :Roslina Sobri
Gambar : Roslina Sobri&Coach Sha

Sabtu lepas saya menghadiri kelas marketing ejen/pemborong Islamic Children Song.Kelas kami diadakan di Subang Jaya.Saya pergi bersama sahabat-sahabat bisnes saya.Saya pergi dengan niat nak belajar ilmu baru.Kosongkan 'gelas' minda anda setiap kali ke kelas.

Speaker kami hari tu adalah Puan Dila.Puan Dila ni bukan calang-calang orang.Bila dia buka mulut saja,lembut betul cara beliau bercakap.Pada hari itu kami belajar teknik beliau iaitu EASY Marketing.Teknik Puan Dila lebih kepada after sales servis.Maksudnya selepas pelanggan membeli.Puan Dila masih follow up dengan pelanggan.Sehingga 1 tahun.Bukan follow up untuk jual barang saja.Tapi beri tracking nombor,tanya barang dah sampai,tanya khabar produk dan mendoakan pelanggan.

Bersama Coach Sha (duduk di tengah)

Puan Dila juga memberi tips untuk 'follow up' tanpa meminta pelanggan membayar.Tapi dengan menunjukkan kebaikan dan keunikan produk,pelanggan akan cepat membuat pembayaran.Insyaallah.

Ada pepatah 'sharpen the saw' sebelum kita menebang pokok.Supaya kita tak membazir masa menebang kalau guna gergaji tumpul.Puan Dila berkongsi lagi,bahawa kita perlu memperuntukkan masa berfikir "KENAPA ORANG PERLU BELI DENGAN AKU?" dan "APA ISTIMEWANYA BELI DENGAN AKU BERBANDING ORANG LAIN?".

Peruntukkan masa menjawab soalan-soalan itu sebelum kita mula menjalankan aktiviti promosi dan sebagainya.Semoga bermanfaat.Insyaallah

Puan Anadila Amris

Saturday 10 October 2015

Saya dan webmaster saya

Entri 16
Teks :Roslina Sobri

Saya sudah lama mempunyai laman web ini http://littlemunas.com/ tapi sayangnya saya biarkan bersawang.Mana tidaknya,setahun pertama bila tengok je website saya rasa pening.Saya cuba key in produk dan saya selalu buntu.Saya rasakan macam maiz 'maze'.Pusing sana kena dinding,pusing sini kena dinding.Rasa macam dah tak de bakat dengan website ni.

Dari kiri: Puan Niza,Puan Sarah dan saya
 Semalam saya godek-godek lagi website saya.Hajat saya nak gunakan website sepenuhnya.Dari dulu hajat ni masih belum tercapai dek kebuntuan saya.Jadi orang yang selalu saya hubungi adalah webmaster saya.Namanya Puan Niza Kassim.Dialah yang selalu bagi tunjuk ajar mengenai web kepada saya.Website saya juga dia yang bertanggungjawab bina dan cantikkan.Dia memang penyabar.

Saya bekerja seawal 4 pagi,pukul 5pagi saya ada masalah saya akan 'call' Puan Niza.Dia tenang jawab dan bantu saya.Saya nak berkongsi tips dari Puan Niza kepada anda secara ringkas ya.Website sama seperti platform lain juga.Encik Google sangat suka bila kita selalu kemas kini.Bila kita kemas kini,kita termasuk dalam website yang aktif.'Authority' kita makin naik dalam data Encik Google.Semakin lama website kita,semakin ia berharga dari segi 'authority' dan 'ranking'.Macam kita beli tanah dan bina rumah juga.

Puan Niza juga kongsikan,walaupun dia jarang-jarang promosi perniagaan di media sosial,tapi setiap hari ada saja pesanan yang masuk melalui website.Syukur.

Ini perkongsian mudah saya pagi ini.Jika bermanafaat doakan ia menjadi kebaikan untuk saya dan anda..

P/s:Berkongsi website Puan Niza> http://ourkiddyshop.com/ Puan Niza menjalankan servis membina website dan blog.
Khusyuk di kelas ministe tempoh hari

Friday 9 October 2015

Permulaan Hari Yang Produktif

Entri 15
Teks : Roslina Sobri

Hari yang produktif bagi saya adalah dapat bangun 4pagi.Selalu saya berdoa dapat istiqamah setiap hari bangun 4pagi.Baru-baru ni saya lihat ada facebook group bernama Geng 4 pagi.Saya belum sertai lagi,Insyaallah nanti saya cuba masuk 'group' tu.Saya juga mahukan motivasi dari kawan-kawan bisnes.

Bila bangun saya akan rancang apa nak dibuat.Ada keutamaan dan buat yang paling utama dulu.Syaratnya jangan 'multitask'.Kalau anda multitask anda akan cepat penat.Contohnya,pagi tu keutamaan nak key in produk di website anda.Teruskan buat sampai anda rasa perlu rehat.Atau tercapai apa yang anda nak buat pagi tu.

Selagi 'priority' anda belum siap,jangan gatal tangan buka youtube atau facebook.Nanti anda asyik melayani 'timeline facebook' atau ralit dengan video.

'Log in' kerja pukul 4pagi,biasanya saya 'log out' pukul 8.30-9pagi.Ini hasil saya menggodek-godek website pagi ni.Nampaklah tersusun sikit.Barang dah 'key in' masuk.Ini hartanah maya saya.

www.littlemunas.com



Thursday 8 October 2015

Softbook Review Dari Littlemunas

Entri 14
Teks :Roslina Sobri

Softbook adalah cinta pertama saya.Ewah!Maksud saya produk yang sangat saya suka.Saya suka beli softbook,jadi dalam perniagaan pun saya cepat teruja kalau ada produk softbook baru masuk.

Baru-baru ni saya dan geng bisnes saya berkumpul untuk belajar asas video marketing.Cikgu kami Puan Sarah,dia adalah paling terkehadapan dalam strategi online berbanding kami semua.Kelas ni kami buat secara santai saja di Kedai Berjaya,Saujana Utama.


Apa kaitan cerita softbook dan video marketing ini?Oh..saya nak berkongsi yang saya baru siapkan video pertama yang saya gunakan untuk review softbook yang saya jual.Facebook sekarang dah berevolusi kepada video marketing.Kalau anda masih ragu-ragu,sila scroll newsfeed facebook dan and akan lihat video di dalam newsfeed dah 'auto-play'.Tak perlu anda klik lagi.
Guru kami Puan Sarah bertudung ungu
Ini membuatkan kita dapat tengok video tersebut dan kita tak sengaja akan ralit dan asyik jika video itu menarik perhatian kita.Kata kuncinya 'video-content'.Saya ulas secara rambang sahaja sebab saya pun belum pakar.

Ini hasil video yang saya buat lepas kelas.Dalam kelas kami diajar menggunakan aplikasi percuma Active Presenter.Anda boleh google dan muat turun secara percuma.Tapi untuk video kali ini saya cuma edit menggunakan youtube editor.Selamat menonton dan mencuba buat video ye.


Wednesday 7 October 2015

Booth Yang Kami Sertai

Entri 13:
Teks:Roslina Sobri
Gambar : About Umi&Baby Boutique,Shah Alam dan Aidil Islamic Product,Saujana Utama.

Throwback booth yang kami sertai dalam masa terdekat ini.

+Booth bulan Ogos,suasana glamour di KPJ Damansara.

+Booth bulan September,dipukul ribut di Forum Perdana dianjurkan di SMAP Kajang.Tengah padang sayang..

+Booth bulan Oktober :
23-25 Oktober ni di Mom&Baby Expo,Plaza Masalam.Kita tengok apa cerita booth kali ini.Lama-lama kita boleh buat kompilasi cerita-cerita booth.
Anda jangan tak datang.Saya tak sabar nak jumpa 'mem besar' kedai barang baby yang lain.Jumpa di Plaza Masalam.

Jumpa di entri akan datang.


Friday 2 October 2015

Teknik Gambar Produk Yang Disukai Ibu Bapa

Entri 12
Teks : Roslina Sobri
Gambar : http://littlemunas.com/shop/

Dalam entri sebelum ini saya telah ceritakan pentingnya menyampaikan atau membekalkan pelanggan dengan anda dengan banyak informasi produk.Boleh lihat di pautan ini ;Teknik Berbisnes Dalam Produk Pendidikan Kanak-Kanak

Kali ini saya nak berkongsi rahsia.Ada apa dengan gambar?Kami banyak berkongsi kajian kes iklan bersama-sama dengan group pemilik niche yang sama.Malah kami juga sama-sama menguji gambar produk dan copywriting iklan.

Tahukah puan,untuk produk pendidikan kanak-kanak,gambar iklan yang mempunyai kanak-kanak dan produk adalah lebih menarik perhatian daripada gambar katalog.Biasanya penjual hanya menggunakan 100% gambar model dan gambar yang bersifat komersil daripada supplier.

Memang nampak sangat professional.Tapi gambar kanak-kanak tempatan bersama produk dan sedikit penceritaan di sebalik gambar sangat menarik perhatian ibu bapa.Kerana mereka boleh 'visualize' anak mereka menggunakan produk anda.

Contohnya 2 gambar di bawah;

Sumber : http://littlemunas.com/shop/pakejsoftbookbayibijak/
Walaupun gambar ini diedit menggunakan aplikasi canggih.Kurang membawa apa-apa makna jika kita lihat sepintas lalu.'Apa kebenda ni?'Lihat pula contoh kedua.

Sumber : http://littlemunas.com/shop/pakejsoftbookbayibijak/
Dapat tak apa yang saya cuba sampaikan.A picture can describe a thousand word.Sekian perkongsian saya yang tak seberapa ini.Harap bermanafaat untuk kalian