Tuesday 13 October 2015

Follow Up Marketing

Entri 17
Teks :Roslina Sobri
Gambar : Roslina Sobri&Coach Sha

Sabtu lepas saya menghadiri kelas marketing ejen/pemborong Islamic Children Song.Kelas kami diadakan di Subang Jaya.Saya pergi bersama sahabat-sahabat bisnes saya.Saya pergi dengan niat nak belajar ilmu baru.Kosongkan 'gelas' minda anda setiap kali ke kelas.

Speaker kami hari tu adalah Puan Dila.Puan Dila ni bukan calang-calang orang.Bila dia buka mulut saja,lembut betul cara beliau bercakap.Pada hari itu kami belajar teknik beliau iaitu EASY Marketing.Teknik Puan Dila lebih kepada after sales servis.Maksudnya selepas pelanggan membeli.Puan Dila masih follow up dengan pelanggan.Sehingga 1 tahun.Bukan follow up untuk jual barang saja.Tapi beri tracking nombor,tanya barang dah sampai,tanya khabar produk dan mendoakan pelanggan.

Bersama Coach Sha (duduk di tengah)

Puan Dila juga memberi tips untuk 'follow up' tanpa meminta pelanggan membayar.Tapi dengan menunjukkan kebaikan dan keunikan produk,pelanggan akan cepat membuat pembayaran.Insyaallah.

Ada pepatah 'sharpen the saw' sebelum kita menebang pokok.Supaya kita tak membazir masa menebang kalau guna gergaji tumpul.Puan Dila berkongsi lagi,bahawa kita perlu memperuntukkan masa berfikir "KENAPA ORANG PERLU BELI DENGAN AKU?" dan "APA ISTIMEWANYA BELI DENGAN AKU BERBANDING ORANG LAIN?".

Peruntukkan masa menjawab soalan-soalan itu sebelum kita mula menjalankan aktiviti promosi dan sebagainya.Semoga bermanfaat.Insyaallah

Puan Anadila Amris

No comments:

Post a Comment