Thursday 8 October 2015

Softbook Review Dari Littlemunas

Entri 14
Teks :Roslina Sobri

Softbook adalah cinta pertama saya.Ewah!Maksud saya produk yang sangat saya suka.Saya suka beli softbook,jadi dalam perniagaan pun saya cepat teruja kalau ada produk softbook baru masuk.

Baru-baru ni saya dan geng bisnes saya berkumpul untuk belajar asas video marketing.Cikgu kami Puan Sarah,dia adalah paling terkehadapan dalam strategi online berbanding kami semua.Kelas ni kami buat secara santai saja di Kedai Berjaya,Saujana Utama.


Apa kaitan cerita softbook dan video marketing ini?Oh..saya nak berkongsi yang saya baru siapkan video pertama yang saya gunakan untuk review softbook yang saya jual.Facebook sekarang dah berevolusi kepada video marketing.Kalau anda masih ragu-ragu,sila scroll newsfeed facebook dan and akan lihat video di dalam newsfeed dah 'auto-play'.Tak perlu anda klik lagi.
Guru kami Puan Sarah bertudung ungu
Ini membuatkan kita dapat tengok video tersebut dan kita tak sengaja akan ralit dan asyik jika video itu menarik perhatian kita.Kata kuncinya 'video-content'.Saya ulas secara rambang sahaja sebab saya pun belum pakar.

Ini hasil video yang saya buat lepas kelas.Dalam kelas kami diajar menggunakan aplikasi percuma Active Presenter.Anda boleh google dan muat turun secara percuma.Tapi untuk video kali ini saya cuma edit menggunakan youtube editor.Selamat menonton dan mencuba buat video ye.


No comments:

Post a Comment