Saturday 14 November 2015

Kisah Orang Hebat

Entri 19
Teks :Roslina SobriGambar : 


Semalam saya buka booth di seminar Muslim Homeschooling di Kompleks Karangkraf,Shah Alam.Saya kategorikan booth-booth di seminar lebih 'ringan'.Maksudnya kita bawa barang pun tak perlu lah angkut satu kedai.Bawa je apa yang kita rasa nak bawa.Sewa pun murah,kalau booth seminar yang setengah hari.


Pada masa yang,beberapa minggu sebelum itu saya telah menjemput Kak Azila dari Telekung Projek mengadakan sharing Pohon Solat di tempat kami.Jadi dua program berjalan serentak.Satu di butik About Umi&Baby,Puan Sharifah yang kendalikan.Lagi satu saya di Kompleks Karangkraf.


Pada saya,saya rasa macam saya ni dah gigih.Ye,kita rasa macam bagus,kita usaha kuat.Tapi rupa-rupanya,perasaan 'perasan' saya runtuh semalam.Ketika saya berjualan di booth,CEO Karangkraf, Dato' Hussamudin datang dan tengok-tengok kawasan.Macamana saya perasan,oh!Muka dia sama dengan muka pada dinding sejarah Karangkraf.Dan ID dia pun nama yang sama Hussamudin.Saya terus 'greet' dia "Assalamualaikum Dato'.


Lain CEO iaitu figura yang membangunkan syarikat dan CEO kompeni GLC berusaha.CEO makan gaji juga lain dengan CEO yang membangunkan syarikat itu.Ayah mereka Yaacub mempunyai Toko Buku Yaacub dan bisnes dikembangkan oleh anak-anak 30 tahun kemudian menjadi penerbit terbesar di Malaysia.

Yang sangat saya terkesan,syarikat mereka bermula dari sebuah ofis di tingkat bawah rumah sewa mereka,yang juga merupakan kediaman mereka.Dapat tak?Permulaan mereka adalah di rumah SOHO!

Dia CEO syarikat,dia masih jalan-jalan tengok kawasan hari Sabtu.Masih bekerja.Siapalah saya SOHOmum yang macam ikan bilis ini.Semestinya saya perlu berusaha setiap hari untuk sampai ke tahap itu.Sungguh terinspirasi semalam.