Tuesday 15 September 2015

Jangan mula berniaga tanpa ilmu

Entri 6
Teks :Roslina Sobri

Ilmu.Intipati kehidupan.Tanpa ilmu semua benda tak menjadi.Ilmu dituntut secara formal mahupun tidak formal secara 'street smart' dalam perniagaan.

Titik mula saya sedar luasnya ilmu berniaga walaupun dengan kaedah dropship adalah bila saya bertemu dan menjadi ejen dropship kepada seorang yang saya kagumi dan masih kagumi hingga hari ini.Dari seorang ejen kami menjadi kawan.Sekarang saya anggap beliau sebagai sahabat bisnes.Ya antara sahabat-sahabat yang saya kenali melalui medium bisnes.Puan Siti Sarah Mohd Fauzi.Pemilik Kedaiberjaya.com dan sekarang memiliki Genius Playhouse di Saujana Utama.

Sewaktu menjadi ejen dropship beliau,saya mula faham yang harga bukanlah semata-mata membuatkan orang membeli dari kita.Tetapi nilai barang dan nilai servis yang kita tawarkan.Yuran menjadi ejen beliau agak mahal waktu itu RM100.Tetapi ilmu yang beliau berikan lebih mahal.Cukai kepandaian yang sangat berbaloi.

Dengan team dropship beliau yang memang amat aktif waktu itu,banyak ilmu yang kami pelajari.Bayangkan saya mampu membuat facebook advertisement dan mahir.Ketika itu facebook ads masih murah.Saya juga mengajar suami saya dan kami mampu mengajar orang lain waktu itu.Dan kami buat kelas kepada kawan-kawan kami.Saya juga mengambil kelas power editor.

Ilmu-ilmu lain adalah 'copywriting'.Dalam kelas secara online kami belajar asa copywriting.Bahasa jualan dan kedudukan sesuatu ayat.Tak pernah saya bayangkan untuk menjual sesuatu barang sahaja perlu untuk ada berpuluh-puluh cabang ilmu.Menurut saya dulu,barang hanya jual dan beli.

Gambar juga sangat memainkan pernan penting.Kami belajar asas edit gambar bagi tujuan bisnes.Belajar mengenai latar belakang atau warna latar bila mengambil gambar.Kesesuaian warna frame.Kajian kes gambar produk sahaja dan gambar produk bersama pengguna menunjukkan perbezaan.Asasnya barang mainan kanak-kanak mesti mempunyai gambar kanak-kanak bermain dengannya.Lebih elok lagi gambar kanak-kanak malaysia,kerana ibu bapa dapat meletakkan diri anak mereka ketika membuat keputusan membeli sesuatu permainan.

Inilah sedikit perkongsian bagi mereka yang ingin memulakan bisnes.Belajar dengan membawa 'gelas yang kosong'.Sedia menerima ilmu baru,bukan memberi alasan-alasan bila guru memberi ilmu.Alasan-alasan kita mencerminkan diri kita hari ini dan diri kita akan datang.


No comments:

Post a Comment