Wednesday 30 September 2015

Teknik Berbisnes Dalam Produk Pendidikan Kanak-kanak

Entry 11
Teks : Roslina Sobri
Foto : Roslina Sobri

Semalam saya berpeluang 'bersembang-sembang' dengan kedua sahabat saya,Puan Siti Sarah Mohd Fauzi dan Puan Sharifah Aminah.Bersembang bagi orang-orang bisnes seperti kami,bermaksud 'mengopi' dan tajuk-tajuk yang kami sentuh adalah seputar bisnes kami.

Bila orang bisnes 'bersembang' atau ngopi,waktu ini tadahlah telinga,buka mata dan minda.'Mengopi' juga merupakan sessi terapi.Kerana kami dapat meluahkan masalah-masalah bisnes,sekaligus cepat kami bertukar-tukar fikiran cari idea yang lebih baik.

Semalam ilmu yang saya dapat dari Puan Sarah adalah ilmu bisnes pendidikan.Ini penting.Antara sebab produk pendidikan beliau selalu mendapat perhatian adalah kerana beliau sangat rajin memberi ilmu kepada pelanggan.Website,blog dan minisite beliau mesti ada cara menggunakan produk-produk beliau.Ini yang membezakan beliau dan peniaga produk pendidikan kanak-kanak dan kedai-kedai buku yang lain.

Subhanallah,ilmu itu sangat penting bagi saya.Ya,saya mesti mencari kelainan dengan rajin memberi informasi cara menggunakan produk kepada pengguna.Tanpa informas ini,contohnya...flashcard hanyalah sekeping kertas kepada pelanggan anda.Dengan informasi,flashcard menjadi 1001 cara yang membuatkan pelanggan anda dapat menggunakannya untuk kebaikan anak-anak mereka.

Saya dah siapkan satu artikel bertajuk "Teknik  Menggunakan Flashcard Untuk Anak 1-3 tahun" di blog saya.Silakan baca di sini >> Teknik Menggunakan Flashcard Untuk Anak 1-3 Tahun



Tuesday 29 September 2015

Di Sebalik Aktiviti-Aktiviti di Butik Penyusuan

Entri 10
Teks: Roslina Sobri
Foto : Butik About Umi&Baby,Shah Alam

Semalam saya bercerita mengenai sessi playgroup yang kami adakan di butik.Hari ini saya nak menceritakan kisah disebalik playgroup itu.Sebenarnya dalam bisnes pendidikan kanak-kanak,saya masih tercari-cari sumber yang boleh memberi duit dengan banyak.

Rupanya saya masih tersilap.Dalam perniagaan tiada istilah duit banyak masuk selalu.Tetapi kita yang perlu mengenal pasti di mana sumber-sumber yang membawa banyak duit masuk dalam satu-satu masa.Dan yang mana membawa duit masuk secara berkala.Yang mana pula membawa keuntungan sampingan.

Masih dalam niche yang sama,'playgroup' yang kami jalankan di butik setiap bulan tidak membawa duit yang banyak masuk ke dalam akaun.Spesifik lagi dalam setiap kali 'playgroup'.Tapi kami mendapat publisiti secara tidak langsung.Contohnya ibu bapa akan muat naik gambar anak mereka di facebook dan aktiviti yang kami lakukan.Begitu juga di akaun facebook peribadi saya mahupun akaun kedai.Jadi secara tak langsung orang disekeliling kami tahu kewujudan About Umi&Baby di tempat mereka.Ini juga menimbulkan keinginan mereka untuk datang dan menyertai aktiviti kami.

Kedua,dengan menjalankan aktiviti di butik,sebenarnya ia merupakan iklan percuma kepada butik kami.Ibu bapa yang datang akan dapat melihat apa yang ada di butik.Selain itu Insyaallah barang-barang akan terjual.
Kenangan peserta kelas penyusuan di About Umi&Baby

Itulah antara sebab kenapa aktiviti-aktiviti perlu dijalankan di butik setiap bulan.Ianya adalah 'loss-leader' kepada butik,Untung dari segi duit tidak banyak,tapi banyak membawa bisnes lain dan membuka hubungan baik dengan pelanggan.
Suami-suami membantu membuat urutan kepada isteri.

Monday 28 September 2015

Playgroup Pertama di Butik

Entri 9
Teks: Roslina Sobri
Gambar : Butik Sokongan Ibu Menyusu,About Umi&Baby,Shah Alam

Bisnes pendidikan kanak-kanak tidak hanya terdiri daripada barang mainan seperti yang saya nyatakan sebelum ini.Educational toys sifat permintaannya ada turun dan naik.Manakala jualan baju raya seperti jubah dan tudung hanya tertumpu ketika Ramadhan dan Syawal.Mahupun begitu,kutipan jualan baju raya ini agak tinggi apabila musimnya.Jelas dapat menampung kekurangan permintaan kepada produk 'educational toys'.

Kumpulan sasaran atau kumpulan yang mempunyai permintaan kepada produk pendidikan kanak-kanak adalah kaum ibu.Selain 2 produk di atas,saya mula merancang beberapa 'event' atau produk lain berdasarkan kehendak para ibu.

Pada hujung 2014,saya dan rakan mula mencuba mengendalikan 'playgroup'.Oleh sebab tiada ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan sessi bersama kanak-kanak,kami menawarkan harga playgroup yang rendah sebagai promosi 'playgroup' di butik kami.Butik About Umi&Baby


Saya masih ingat kami menganjurkan playgroup membuat kraft.Kami sasarkan untuk mendapat 10 pendaftaran pada sessi pertama.Dengan 2 jenis aktiviti kraft,kami anggarkan aktiviti akan berjalan selama sejam setengah.Sebab kanak-kanak tidak dapat fokus dengan lama pada satu-satu masa.

Aktiviti kraf untuk kanak-kanak

Waktu itu saya nekad mahu cuba jaya.Sessi 'playgroup' kami berjaya dijalankan.Beberapa cabaran timbul,maklumlah baru mengendalikan 'playgroup' pertama kali.Daripada sessi pertama kami tidak menjana keuntungan.Cuma kami anggap sebagai pelajaran pertama.Dari situ kami belajar segmen umur yang sesuai,jangka waktu yang sesuai dengan umur dan juga merangka aktiviti baru.

Sessi bercerita menggunakan buku besar

Kesimpulannya memang letih mengendalikan 'playgroup'.Sangat mencabar.Tapi kami jadi lebih bersemangat bila ada pertanyaan begini dari ibu bapa,"Bila nak buat playgroup lagi".

Sijil kenang-kenangan dari kami

Sunday 27 September 2015

Niche Pendidikan Kanak-Kanak

Entri 8
Teks :Roslina Sobri

Apa itu niche?Saya mengenali perkataan ini ketika saya mula-mula terjun ke bidang marketing.Bukanlah 'marketing' sangat pun.Maksud saya ketika saya mula berjinak-jinak menghasilkan Facebook Advertisement ketika 2013 yang sangat mampu dibuat kerana ianya pengiklanan paling murah waktu itu.

Saya nak ringkaskan bahawa niche adalah kumpulan sasaran.Atau satu permintaan yang spesifik oleh sesuatu sesuatu barang atau perkhidmatan.Contohnya niche, pendidikan kanak-kanak.Saya amat meminati pendidikan kanak-kanak.Asalnya sebab suka membeli 'softbook' untuk anak-anak.Beralih kepada educational toys pula.

Bila saya berniaga,saya berniaga sesuatu yang saya minat.Bila saya menulis blog,saya juga menulis sesuatu yang saya minat.Lihat blog saya mengenai pendidikan kanak-kanak di sini http://littlemunas.com/blog/ .Dalam blog ini juga saya fokuskan kepada aktiviti kreatif bersama anak,manakala untuk jualan 'niche' saya memang sesuatu mengenai pendidikan kanak-kanak.

Pada pemerhatian saya,produk pendidikan kanak-kanak iaitu educational toys selalu mendapat permintaan yang tinggi.Waktu ekonomi kukuh ibu bapa membeli tanpa berfikir panjang.Waktu ekonomi merudum masih ada pembeli,ianya terus diminati terutamanya ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Pakej softbook saya yang paling popular.
Lihat di sini - http://littlemunas.com/shop/pakejsoftbookbayibijak/

Jadi saya mensasarkan produk-produk berharga premium kepada ibu bapa baru.Selain itu juga produk sepeerti softbook selalu mendapat permintaan yang tak putus-putus.Tetapi ketika menjelang musim raya,anda perlu keluar dari zon selesa dan menjual produk alternatif.

Ini kerana menjelang sebulan dua sebelum puasa,permintaan untuk produk pendidikan kanak-kanak akan mula berkurang.Ibu bapa sangat tertumpu kepada persiapan baju raya.Waktu ini gunakan 'niche' yang sama,tetapi produk yang berbeza.

Jualan jubah menjelang musim perayaan.
Lihat di sini https://www.facebook.com/muslimkidsclothing

Wednesday 16 September 2015

Jadual Waktu Seorang WAHM

Entri 7
Teks : Roslina Sobri

Kerap saya ditanya soalan-soalan di bawah ini.Dan kerap juga saya bertanya rakan-rakan WAHM yang hebat bisnesnya mengenai persoalan di bawah?

"Bila awak buat kerja?"
"Macamana nak buat kerja dengan anak-anak,nanti mereka ganggu.."
"Pukul berapa bangun tidur?"
"Awak tidur pukul berapa?"

Rata-rata semua ingin tahu jadual waktu seorang WAHM lain.Mungkin untuk mencari idea,mencuba berdisiplin dan mahu berubah.Begitu juga saya,sibuk cungkil rahsia WAHM yang hebat-hebat.

Sesungguhnya jadual waktu seorang WAHM tiada yang 'fix'.Bergantung kepada umur dan keperluan urus anak,jadual kita berubah dari masa ke semasa.Saya mahu kongsikan bersama kawan-kawan jadual waktu saya yang saya rasa amat sesuai dengan saya pada waktu ini.

Untuk mengikuti jadual waktu yang saya sendiri tetapkan,saya mesti suka apa yang saya buat.Dan saya memilih untuk tidak memberi alasan.Visi saya; hendak 1000 dalih,tak nak buat berilah 1000 alasan.Ya alasan ya.Sebab WAHM semua ada potensi tersendiri.

Saya tidur seawal jam 11malam.Buatlah teknik macamana pun asalkan bila malam anda dan anak-anak berupaya masuk tidur sebelum jam 11malam.Tidur dan niatkan untuk diri sendiri nak bangun pukul 4 pagi.Kunci jam anda.

Seawal 4 pagi mulakan dengan wudhu,solat dan doa.Diikuti masuk bekerja di alam maya sekitar 4.15-4.30 pagi.Waktu ini daya fokus terhadap apa saja bekerja 3-4kali ganda dari waktu biasa.Anda boleh bekerja dengan sangat efisien waktu ini.

Gunakan sebaiknya untuk kerja-kerja bersifat strategist,memerlukan pemikiran dan pencarian idea.Contohnya copywriting,strategi marketing atau berblog.Berhenti untuk solat subuh dan membaca alquran.Saya sambung semula sehingga anak bangun.Sempat saya sediakan bekal suami sekitar jam 7.

Anak bongsu akan bangun sekitar jam 8pagi.Bila anak saya bangun,maka saya tutup laptop.Maka setakat itulah kerja-kerja saya secara online depan laptop.Kerja sebagai ibu dan isteri berjalan selepas itu.Sambil menguruskan pertanyaan dari telefon.

Packing dan pos?Saya menyerahkan tugas ini kepada pekerja sambilan.Untuk uruskan packing dan pos.Korbankan wang untuk menjana wang lebih banyak.Anda mesti membuat kerja-kerja yang bersifat strategik membawa wang masuk.Kerja-kerja bersifat rutin harus anda berikan kepada orang lain.

Waktu siang sehingga anak tidur saya cuma ambil order masuk dan jawab pertanyaan jika ada.Dan saya ulang semula jadual kerja tadi keseokan paginya.Log in at 4 and finish at 9am.Ulang lagi dan teruskan buat setiap hari.Saya tidak cuti.Walau di kampung,hari cuti am atau bercuti dalam Malaysia.Sebab saya suka dan saya buat 1000 daya.

Tuesday 15 September 2015

Jangan mula berniaga tanpa ilmu

Entri 6
Teks :Roslina Sobri

Ilmu.Intipati kehidupan.Tanpa ilmu semua benda tak menjadi.Ilmu dituntut secara formal mahupun tidak formal secara 'street smart' dalam perniagaan.

Titik mula saya sedar luasnya ilmu berniaga walaupun dengan kaedah dropship adalah bila saya bertemu dan menjadi ejen dropship kepada seorang yang saya kagumi dan masih kagumi hingga hari ini.Dari seorang ejen kami menjadi kawan.Sekarang saya anggap beliau sebagai sahabat bisnes.Ya antara sahabat-sahabat yang saya kenali melalui medium bisnes.Puan Siti Sarah Mohd Fauzi.Pemilik Kedaiberjaya.com dan sekarang memiliki Genius Playhouse di Saujana Utama.

Sewaktu menjadi ejen dropship beliau,saya mula faham yang harga bukanlah semata-mata membuatkan orang membeli dari kita.Tetapi nilai barang dan nilai servis yang kita tawarkan.Yuran menjadi ejen beliau agak mahal waktu itu RM100.Tetapi ilmu yang beliau berikan lebih mahal.Cukai kepandaian yang sangat berbaloi.

Dengan team dropship beliau yang memang amat aktif waktu itu,banyak ilmu yang kami pelajari.Bayangkan saya mampu membuat facebook advertisement dan mahir.Ketika itu facebook ads masih murah.Saya juga mengajar suami saya dan kami mampu mengajar orang lain waktu itu.Dan kami buat kelas kepada kawan-kawan kami.Saya juga mengambil kelas power editor.

Ilmu-ilmu lain adalah 'copywriting'.Dalam kelas secara online kami belajar asa copywriting.Bahasa jualan dan kedudukan sesuatu ayat.Tak pernah saya bayangkan untuk menjual sesuatu barang sahaja perlu untuk ada berpuluh-puluh cabang ilmu.Menurut saya dulu,barang hanya jual dan beli.

Gambar juga sangat memainkan pernan penting.Kami belajar asas edit gambar bagi tujuan bisnes.Belajar mengenai latar belakang atau warna latar bila mengambil gambar.Kesesuaian warna frame.Kajian kes gambar produk sahaja dan gambar produk bersama pengguna menunjukkan perbezaan.Asasnya barang mainan kanak-kanak mesti mempunyai gambar kanak-kanak bermain dengannya.Lebih elok lagi gambar kanak-kanak malaysia,kerana ibu bapa dapat meletakkan diri anak mereka ketika membuat keputusan membeli sesuatu permainan.

Inilah sedikit perkongsian bagi mereka yang ingin memulakan bisnes.Belajar dengan membawa 'gelas yang kosong'.Sedia menerima ilmu baru,bukan memberi alasan-alasan bila guru memberi ilmu.Alasan-alasan kita mencerminkan diri kita hari ini dan diri kita akan datang.


Thursday 10 September 2015

Permulaan Bisnes Secara Sambilan

Entri 5
Teks : Roslina Sobri

Saya memulakan bisnes secara online bermula pada tahun 2012.Bulan Julai.Ya masih ingat.Asalnya waktu itu anak saya masih 3-4 bulan.Saya amat meminati softbook.Setiap bulan menjadi satu kemestian untuk saya mencari softbook atau clothbook baru untuk anak saya.Saya terlalu minat sehingga memperuntukkan wang untuk membeli softbook setiap bulan.

Disebabkan bakat keusahawanan dalam diri dah menebal.Saya cari-cari lagi sumber mana untuk saya pula yang boleh jual softbook ini.Kerana saya lihat penjual online hanyalah individu biasa seperti saya.Bukan syarikat.Pastinya ada sumber yang boleh dibeli secara borong.Waktu itu saya belum pernah dengar perkataan 'dropship'.Jadi misi saya hanyalah membeli secara borong dan menjual secara dalam talian.

Tanpa apa-apa ilmu berniaga secara online saya mulakan langkah pertama membina blog.Menjual seperti peniaga internet yang saya pernah beli.Ini lah bblog pertama saya.Tanpa ilmu.Saya rempuhi jua. http://littlemunas.blogspot.my/ .

Kemudian saya mula buat sendiri facebook page sendiri secara cuba jaya tanpa ilmu.Jadi inilah hasilnya.Masih digunakan sehinggan hari ini.https://www.facebook.com/littlemunas 

6-9 bulan pertama memulakan bisnes adalah sekadar ikut-ikutan.Penetapan harga,cara belian,medium jualan dan barang jualan sendiri lebih kepada cuba jaya.Yang saya rujuk waktu itu hanyalah internet.Forum jualan dan selebihnya 'syok sendiri'.

Saya teruja berniaga di internet dan mula pasang azam untuk menjadikan ini bisnes sepenuh masa.Mula angan-angan bekerja dari rumah.Dari azam dan angan-angan 2012 itulah segalanya mula berkembang dan menunjukkan hasil.

Tuesday 8 September 2015

Pengalaman bekerja dan mengimbangi tugas sebagai ibu

ENTRI 4
Teks : Roslina Mohd Sobri

Banyak sekali pengalaman bekerja kalau nak dicoretkan.Tapi saya memilih untuk bercerita mengenai pengalaman bekerja dan mengimbangi tugas sebagai ibu.Pekerjaan saya memerlukan kami bekerja mengikut 'shift' atau jadual kerja.Jadual kerja dalam bidang penerbangan ada pelbagai gaya 'shift' yang menarik.Baik dari pramugari,juruterbang,ground handler,'ticketing',jurutera dan pelbagai kerja yang terikat dengan jadual kapal,memang menuntut 'shift pattern' yang unik.Ini adalah disebabkan keperluan tugas itu sendiri dan jadual penerbangan yang tak mengira,cuti am,hari raya mahupun waktu.

Ditakdirkan saya mula bekerja dengan shift : 2 hari siang, 2hari malam dan 4 hari cuti.Setiap shift pula waktu kerjanya adalah 12jam.Wah!Mesti anda seronok dengar 4 hari cuti tu kan?Begitulah pengulangan shift kami sepanjang bekerja selagi tiada apa-apa rombakan.

Disebalik perasaan suka dengan 4 hari cuti itu,terselit kesukaran.Bila suami cuti,saya bekerja.Bila saya bekerja suami cuti.Bila saya shift malam suami,bekerja waktu siang.Malamnya dia terpaksa menjaga anak yang masih kecil waktu itu.Pernah juga bila hujung minggu kami berdua bekerja saya terpaksa masuk lambat untuk tunggu suami balik kerja dan beri anak kepada suami untuk dijaga.Dalam kata lain,agak tunggang langgang.

Ini menyebabkan kami terpaksa tanda jadual kerja masing-masing.Untuk memenuhi tuntutan yang berjadual seperti jadual imunisasi anak atau urusan sewaktu waktu  pejabat memang kami terpaksa rancang lebih awal.

Antara kenangan yang saya ingati adalah anak yang masih kecil ketika itu.Umurnya baru sekitar 3-4 bulan.Kalau suami saya jaga waktu malam,memang dia tak minat dan akan menangis semahu-mahunya.Beberapa kali saya terpaksa balik ke rumah dan susukan.Kadang-kadang suami bawa anak kami ke airport supaya dia berhenti menangis.Saya pegang saja anak saya waktu itu.Terus dia berhenti menangis.Memang dia mahukan saya.

Itulah pengorbanan kerja dan kesukaran mengimbangi tugas sebagai ibu.Hanya saya dan suami sama-sama cuba buat yang terbaik.

Saturday 5 September 2015

Pendidikan; Satu Pengalaman

ENTRI 2
Teks:Roslina Sobri
Foto :Google

Jalan pendidikan yang normal bagi kebanyakkan orang di Malaysia adalah ke pusat pengajian tinggi.Ini adalah peringkat kedua yang biasanya dilalui selepas menyelesaikan alam persekolahan.Begitu juga saya.Saya memilih bidang kejuruteraan sewaktu belajar di Universiti Islam Antarabangsa.

Disebabkan saya minat hendak bekerja dengan kapal terbang,saya masih mengintai-intai peluang untuk cuba-cuba menceburkan diri sedekat mungkin dengan bidang penerbangan.Tanpa diduga saya terpandang iklan jurutera pelatih penyelenggaraan MAS dalam surat khabar.Waktu itu adalah cuti semester semasa saya di UIA.

Saya terus teruja dan beritahu arwah ibu bahawa saya akan memohon untuk jawatan ini.Program yang ditawarkan untuk pelatih adalah 4-5 tahun senhingga mendapat lesen jurutera penyelenggaraan dari DCA dan approval dari syarikat.

Rezeki Allah,beberapa bulan selepas saya memohon,saya menerima panggilan untuk ditemuduga. Saya mendapat tawaran sebagai pelatih.Di Malaysia,menjadi pelatih atau menjalani apperantiship tidak diiktiraf oleh badan pendidikan biasa.Jadi anda tidak mempunyai ijazah mahupun diploma.Tapi lesen jurutera itu sendiri diterima pakai di seluruh dunia.Sebab itu anda lihat jurutera kapal terbang dan helikopter banyak yang bekerja di luar negara.Bahasa kami adalah lesen itu.Kerana untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu (bermodul),kami berhempas pulas,berkuli untuk mengumpul kemahiran,belajar beratus modul dan peperiksaan tanpa jemu dan menjalani ujian lisan di DCA Malaysia.

Masih saya ingat ibu saya berkali-kali tanyakan saya "betoi ka hang ni?".Dia masih ragu.tapi saya sudah nekad,Keluar universiti dan ambil bidang yang suka.Di universiti saya menerima banyak maklumbalas dari kawan-kawan.Begitu juga dari keluarga besar,khasnya makcik-makcik.Ramai yang memberi komen negatif dan menyangka ianya tak membantu langsung.Bukankah kata-kata yang baik itu pahala?Kata-kata positif itu pula boleh membantu ramai orang.

Akhirnya setelah melalui ranjau-ranjau,saya berjaya mencapai cita-cita saya.Saya sangat bersyukur menjadi 'katak yang pekak' dalam perlumbaan panjat tiang.Pengalaman mengajar saya,kalau kita membuat sesuatu yang kita minat,kita tak kisah berlari lebih lama,lebih jauh dan lebih laju.Membuat sesuatu yang kita minat juga menjadikan kita tak berputus asa.Tahap 'kepekakan' kita kepada kata-kata orang juga menjadi lebih kronik.Terima kasih arwah mak sebab percayakan saya. Biiznillah. Sesungguhnya semua kurniaan yang baik adalah dari Allah,dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.


Thursday 3 September 2015

Saya pun teringin nak berhenti kerja jugak...

ENTRI 1
Teks : Roslina Sobri
Foto : Roslina Sobri

Bila kita mula melihat orang di keliling kita berhenti kerja,meronta-ronta naluri ni.Bila nampak kawan kita tu berjaya,gembira dan hebat,kita rasa "bestnya dia berhenti kerja".Walhal kita cuma menilai apa yang mereka 'post' di Facebook mereka saja.Dan tanpa sedar apa yang kita lihat di facebook hanyalah 'skrip yang ditapis' dan 'selected story' saja.

Apa yang anda perlu sebelum mengambil sesuatu keputusan besar begini?

1-TENTUKAN VISI

Dengar macam bunyi ala-ala korporat,sekolah mahupun organisasi kerajaan pulak.Sesungguhnya hidup mesti ada visi.Visi hidup menjadi ibu antaranya ingin mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah.Kenapa perlu soleh/solehah?Kerana anak yang begini doanya Allah terima,doanya untuk ibu bapa tak pernah putus dek kerana dia sendiri ingin masuk syurga Allah.Dan dia amat tahu,ibu bapanya adalah pintu dia ke syurga.Doa anak kita yang soleh solehah ini adalah suatu yang kita dapat bawa ke alam kubur.Dah dapat visi kan?Visi saya; MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH&SOLEHAH

2-TENTUKAN MISI

Apa itu misi?Misi pula merupakan sesuatu yang kita perlu buat untuk menjayakan visi kita.Contoh; 

a-Mendidik dan membentuk anak dengan teknik Nabi (Rasulullah)
b-Mendidik dan mencorakkan hidup anak mengikut acuan Islam
c-Mendidik dan menyediakan untuknya suasana yang membolehkan dia menjadi manusia soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.

Mungkin anda nampak ini sangat skema."Skemanya dia..misi dan visi bagai ni..".Orang menang,orang yang ada tujuan hidup,orang-orang soleh,ibunda para ulamak,pemimpin-pemimpin ulung,pemikir-pemikir hebat...mereka semua orang yang ada visi dan misi.Kadang-kadang mereka nampak 'relax' je..Mungkin mereka 'relax'.Tapi dalam hati mereka dan kemas tertanam apa yang mereka mahu dan bagaimana mereka nak mencapainya.

Gambar hiasa hari ini.Masuk dalam majalah Pa&Ma,September 2015.
Boleh layari blog saya di http://littlemunas.com/blog/