Thursday 3 September 2015

Saya pun teringin nak berhenti kerja jugak...

ENTRI 1
Teks : Roslina Sobri
Foto : Roslina Sobri

Bila kita mula melihat orang di keliling kita berhenti kerja,meronta-ronta naluri ni.Bila nampak kawan kita tu berjaya,gembira dan hebat,kita rasa "bestnya dia berhenti kerja".Walhal kita cuma menilai apa yang mereka 'post' di Facebook mereka saja.Dan tanpa sedar apa yang kita lihat di facebook hanyalah 'skrip yang ditapis' dan 'selected story' saja.

Apa yang anda perlu sebelum mengambil sesuatu keputusan besar begini?

1-TENTUKAN VISI

Dengar macam bunyi ala-ala korporat,sekolah mahupun organisasi kerajaan pulak.Sesungguhnya hidup mesti ada visi.Visi hidup menjadi ibu antaranya ingin mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah.Kenapa perlu soleh/solehah?Kerana anak yang begini doanya Allah terima,doanya untuk ibu bapa tak pernah putus dek kerana dia sendiri ingin masuk syurga Allah.Dan dia amat tahu,ibu bapanya adalah pintu dia ke syurga.Doa anak kita yang soleh solehah ini adalah suatu yang kita dapat bawa ke alam kubur.Dah dapat visi kan?Visi saya; MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH&SOLEHAH

2-TENTUKAN MISI

Apa itu misi?Misi pula merupakan sesuatu yang kita perlu buat untuk menjayakan visi kita.Contoh; 

a-Mendidik dan membentuk anak dengan teknik Nabi (Rasulullah)
b-Mendidik dan mencorakkan hidup anak mengikut acuan Islam
c-Mendidik dan menyediakan untuknya suasana yang membolehkan dia menjadi manusia soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.

Mungkin anda nampak ini sangat skema."Skemanya dia..misi dan visi bagai ni..".Orang menang,orang yang ada tujuan hidup,orang-orang soleh,ibunda para ulamak,pemimpin-pemimpin ulung,pemikir-pemikir hebat...mereka semua orang yang ada visi dan misi.Kadang-kadang mereka nampak 'relax' je..Mungkin mereka 'relax'.Tapi dalam hati mereka dan kemas tertanam apa yang mereka mahu dan bagaimana mereka nak mencapainya.

Gambar hiasa hari ini.Masuk dalam majalah Pa&Ma,September 2015.
Boleh layari blog saya di http://littlemunas.com/blog/





No comments:

Post a Comment