Tuesday 8 September 2015

Pengalaman bekerja dan mengimbangi tugas sebagai ibu

ENTRI 4
Teks : Roslina Mohd Sobri

Banyak sekali pengalaman bekerja kalau nak dicoretkan.Tapi saya memilih untuk bercerita mengenai pengalaman bekerja dan mengimbangi tugas sebagai ibu.Pekerjaan saya memerlukan kami bekerja mengikut 'shift' atau jadual kerja.Jadual kerja dalam bidang penerbangan ada pelbagai gaya 'shift' yang menarik.Baik dari pramugari,juruterbang,ground handler,'ticketing',jurutera dan pelbagai kerja yang terikat dengan jadual kapal,memang menuntut 'shift pattern' yang unik.Ini adalah disebabkan keperluan tugas itu sendiri dan jadual penerbangan yang tak mengira,cuti am,hari raya mahupun waktu.

Ditakdirkan saya mula bekerja dengan shift : 2 hari siang, 2hari malam dan 4 hari cuti.Setiap shift pula waktu kerjanya adalah 12jam.Wah!Mesti anda seronok dengar 4 hari cuti tu kan?Begitulah pengulangan shift kami sepanjang bekerja selagi tiada apa-apa rombakan.

Disebalik perasaan suka dengan 4 hari cuti itu,terselit kesukaran.Bila suami cuti,saya bekerja.Bila saya bekerja suami cuti.Bila saya shift malam suami,bekerja waktu siang.Malamnya dia terpaksa menjaga anak yang masih kecil waktu itu.Pernah juga bila hujung minggu kami berdua bekerja saya terpaksa masuk lambat untuk tunggu suami balik kerja dan beri anak kepada suami untuk dijaga.Dalam kata lain,agak tunggang langgang.

Ini menyebabkan kami terpaksa tanda jadual kerja masing-masing.Untuk memenuhi tuntutan yang berjadual seperti jadual imunisasi anak atau urusan sewaktu waktu  pejabat memang kami terpaksa rancang lebih awal.

Antara kenangan yang saya ingati adalah anak yang masih kecil ketika itu.Umurnya baru sekitar 3-4 bulan.Kalau suami saya jaga waktu malam,memang dia tak minat dan akan menangis semahu-mahunya.Beberapa kali saya terpaksa balik ke rumah dan susukan.Kadang-kadang suami bawa anak kami ke airport supaya dia berhenti menangis.Saya pegang saja anak saya waktu itu.Terus dia berhenti menangis.Memang dia mahukan saya.

Itulah pengorbanan kerja dan kesukaran mengimbangi tugas sebagai ibu.Hanya saya dan suami sama-sama cuba buat yang terbaik.

No comments:

Post a Comment