Monday 28 September 2015

Playgroup Pertama di Butik

Entri 9
Teks: Roslina Sobri
Gambar : Butik Sokongan Ibu Menyusu,About Umi&Baby,Shah Alam

Bisnes pendidikan kanak-kanak tidak hanya terdiri daripada barang mainan seperti yang saya nyatakan sebelum ini.Educational toys sifat permintaannya ada turun dan naik.Manakala jualan baju raya seperti jubah dan tudung hanya tertumpu ketika Ramadhan dan Syawal.Mahupun begitu,kutipan jualan baju raya ini agak tinggi apabila musimnya.Jelas dapat menampung kekurangan permintaan kepada produk 'educational toys'.

Kumpulan sasaran atau kumpulan yang mempunyai permintaan kepada produk pendidikan kanak-kanak adalah kaum ibu.Selain 2 produk di atas,saya mula merancang beberapa 'event' atau produk lain berdasarkan kehendak para ibu.

Pada hujung 2014,saya dan rakan mula mencuba mengendalikan 'playgroup'.Oleh sebab tiada ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan sessi bersama kanak-kanak,kami menawarkan harga playgroup yang rendah sebagai promosi 'playgroup' di butik kami.Butik About Umi&Baby


Saya masih ingat kami menganjurkan playgroup membuat kraft.Kami sasarkan untuk mendapat 10 pendaftaran pada sessi pertama.Dengan 2 jenis aktiviti kraft,kami anggarkan aktiviti akan berjalan selama sejam setengah.Sebab kanak-kanak tidak dapat fokus dengan lama pada satu-satu masa.

Aktiviti kraf untuk kanak-kanak

Waktu itu saya nekad mahu cuba jaya.Sessi 'playgroup' kami berjaya dijalankan.Beberapa cabaran timbul,maklumlah baru mengendalikan 'playgroup' pertama kali.Daripada sessi pertama kami tidak menjana keuntungan.Cuma kami anggap sebagai pelajaran pertama.Dari situ kami belajar segmen umur yang sesuai,jangka waktu yang sesuai dengan umur dan juga merangka aktiviti baru.

Sessi bercerita menggunakan buku besar

Kesimpulannya memang letih mengendalikan 'playgroup'.Sangat mencabar.Tapi kami jadi lebih bersemangat bila ada pertanyaan begini dari ibu bapa,"Bila nak buat playgroup lagi".

Sijil kenang-kenangan dari kami

No comments:

Post a Comment