Friday 2 October 2015

Teknik Gambar Produk Yang Disukai Ibu Bapa

Entri 12
Teks : Roslina Sobri
Gambar : http://littlemunas.com/shop/

Dalam entri sebelum ini saya telah ceritakan pentingnya menyampaikan atau membekalkan pelanggan dengan anda dengan banyak informasi produk.Boleh lihat di pautan ini ;Teknik Berbisnes Dalam Produk Pendidikan Kanak-Kanak

Kali ini saya nak berkongsi rahsia.Ada apa dengan gambar?Kami banyak berkongsi kajian kes iklan bersama-sama dengan group pemilik niche yang sama.Malah kami juga sama-sama menguji gambar produk dan copywriting iklan.

Tahukah puan,untuk produk pendidikan kanak-kanak,gambar iklan yang mempunyai kanak-kanak dan produk adalah lebih menarik perhatian daripada gambar katalog.Biasanya penjual hanya menggunakan 100% gambar model dan gambar yang bersifat komersil daripada supplier.

Memang nampak sangat professional.Tapi gambar kanak-kanak tempatan bersama produk dan sedikit penceritaan di sebalik gambar sangat menarik perhatian ibu bapa.Kerana mereka boleh 'visualize' anak mereka menggunakan produk anda.

Contohnya 2 gambar di bawah;

Sumber : http://littlemunas.com/shop/pakejsoftbookbayibijak/
Walaupun gambar ini diedit menggunakan aplikasi canggih.Kurang membawa apa-apa makna jika kita lihat sepintas lalu.'Apa kebenda ni?'Lihat pula contoh kedua.

Sumber : http://littlemunas.com/shop/pakejsoftbookbayibijak/
Dapat tak apa yang saya cuba sampaikan.A picture can describe a thousand word.Sekian perkongsian saya yang tak seberapa ini.Harap bermanafaat untuk kalian

No comments:

Post a Comment